Page 4 - index
P. 4




// menarik daripada Pejabat Pentadbiran Alumni



















Sekapur Sireh





Profesor Datuk Dr. Rohana Yusof
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar & Alumni



ismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahhiwarakatuh dan Salam
BSoaring Upwards.
Terlebih dahulu marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah
Taala kerana dengan limpah kurniaNya Pejabat Pentadbiran Alumni
UM dan ahli sidang redaksi dapat mengeluarkan bulletin Titian Alumni
bilangan 12/ 2015.
Penerbitan majalah Titian Alumni merupakan agenda tahunan
PPA, Hal ehwal Pelajar dan Alumni. Antara kandungan majalah
ini adalah memuatkan aktiviti dan progam yang dijalankan PPA,
universiti, kolej kediaman dan persatuan alumni yang berdaftar.
Platform ini juga dapat menjadi kesempatan yang baik bagi alumni
untuk menyumbang karya serta berkongsi kemahiran serta kepakaran
dalam bidang penulisan.
Saya berharap penerbitan majalah ini dapat menyemarakkan
semangat warga alumni untuk menjalinkan hubungan dengan alma
mater dan seterusnya membina networking di kalangan alumni. Lebih
daripada itu, majalah titian alumni juga akan menjadi ruang yang baik
untuk menggamit memori dan kenangan alumni di alma mater.
Kesempatan ini saya juga mengucapkan penghargaan terima
kasih kepada alumni yang sudi untuk meluangkan masa dan
tenaga bersama-sama dalam majlis serta program anjuran Pejabat
Pentadbiran Alumni dan dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal
Pelajar & Alumni. Semoga kehadiran dan sokongan alumni dapat
diteruskan pada masa akan datang. Sesungguhnya jaringan antara
alumni dengan alma mater menunjukkan betapa prihatin alumni
dalam menyokong ke arah perkembangan unversiti. Sokongan juga
bukan semata-mata berbentuk material malah lebih daripada itu dan
yang penting memupuk semangat kekitaan dan kesetiaan.
Sehubungan dengan itu, PPA sedang bekerja keras untuk
mengemaskini serta menjejaki alumni UM dalam usaha untuk
pembangunan pangkalan data yang berkesan. Untuk itu, diharap
alumni UM dapat memaklumkan kepada rakan-rakan alumni yang
belum mengemaskini maklumat hendaklah menghantar butiran
terkini untuk memudahkan perhubungan.
Akhir kata, sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak
terhingga kepada warga kerja pejabat pentadbiran alumni khususnya
sidang redaksi majalah titian alumni, persatuan alumni dan semua
yang terlibat dalam menjayakan penerbitan Titian Alumni.




4


   1   2   3   4   5   6   7   8   9