Login or 
 Home  Events Calender  UM universiti Malaysia tunggal mendapat QS 5-star ratings
UM universiti Malaysia tunggal mendapat QS 5-star ratings
Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera. Sekalung tahniah buat UM yang menjadi institusi pengajian tinggi tempatan tunggal mendapat penarafan 5 Star QS ratings baru-baru ini. Buat makluman semua, satu pengumuman mengenai perkara ini dilakukan oleh Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Idris Jusoh pada sidang media mengenai kejayaan Universiti Penyelidikan (RU) di Universiti Putra Malaysia pada 6 Mei 2014. Kejayaan ini menyaksikan UM mengikut jejak langkah institusi ternama yang lain iaitu New York University, Columbia University, Duke University dan Ohio State University. Di Malaysia, hanya Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah menjalani penarafan ini dengan kedua-dua institusi ini, UniMAP dan UTP telah mendapat penarafan 3 Star. QS Star Ratings ini bukan sistem “rankings" tetapi memberi “ratings" kepada universiti. Ianya seperti sistem penarafan SETARA di Malaysia. Penarafan dalam QS Star Ratings ini adalah secara sukarela. Dalam sistem ini, mana-mana universiti yang ingin menjalani penarafan ini perlu menghantar data dan dokumen (sebagai bukti) kepada QS. QS akan menilai dan memberi markah dan markah ini diterjemahkan kepada bintang atau “star”. Satu sijil akan dikeluarkan oleh QS kepada universiti tersebut. Perbezaan antara QS Star Ratings dan Rankings adalah dari segi metodologi nya dan juga disebabkan ia tidak memberi sesuatu nombor kepada universiti tersebut. Markah yang diperolehi oleh sesuatu universiti itu diterjemahkan kepada bintang. Anugerah tertinggi adalah 5+ Star dan dalam hal ini, UM telah mencapai 5 Star iaitu hampir kepada 5+ Star. Kelebihan Star Ratings ini adalah ianya memberi gambaran secara holistik kepada bakal pelajar tentang kemudahan-kemudahan dan keberkesanan universiti tersebut menjalankan peranannya mendidik dan mengeluarkan graduan yang berguna kepada masyarakat dan negara. Ianya tidak hanya tertumpu kepada beberapa kriteria yang tertentu sahaja seperti yang diamalkan oleh sitem rankings. Adalah menjadi harapan buat UM untuk menjadi universiti 5+ Star di masa hadapan setanding dengan MIT, Monash dan Australian National University.

Last Update: March 4, 2015

     
   
Privacy Policy    |    Site Credits    |    Disclaimer    |    Security Policy
Connect with us:   
 
     
Copyright © 2012 Centre for Alumni Relation & Institutional Advancement (CARIA)