Login or 
 Home  Events Calender  Batik Buddies Day@UM 2014
Batik Buddies Day@UM 2014
JEMPUTAN KE PROGRAM “BATIK BUDDIES@UM” 2014 Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaya dengan kerjasama Persatuan Siswazah Wanita Malaysia (PSWM) dan Kluster Penyelidikan Sustainability Science, akan menganjurkan program Batik Buddies Day@UM 2014. Butiran program adalah seperti berikut : Tarikh : 4 Jun 2014 (Rabu) Masa : 9.00 pagi hingga 4.30 petang Tempat : i) Bilik Seminar A dan B, Aras 1 (Sesi Pagi) ii) Dewan Pameran, Aras Bawah (Sesi Petang) Kompleks Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (RMIC), UM Secara keseluruhan program ini memfokuskan hasil penyelidikan melestarikan industri kraf batik menjurus ke arah industri yang lebih kompetetif dan berdaya saing. Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati ingin menjemput tuan/puan untuk hadir memberi sokongan dan memeriahkan lagi majlis kami ini. Maklumat terperinci mengenai program boleh dirujuk di dalam brosur yang terlampir. Bagi yang berminat untuk menghadiri program ini, sila berikan nama dan maklumat ringkas (PTj/nombor telefon) melalui emel (ss_cluster@um.edu.my atau azlinmr@um.edu.my) selewat-lewatnya 30 Mei 2014 (Jumaat). Penyertaan adalah PERCUMA. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pn. Azlin di talian 03-79677807. Sekian, terima kasih.

Last Update: March 4, 2015

     
   
Privacy Policy    |    Site Credits    |    Disclaimer    |    Security Policy
Connect with us:   
 
     
Copyright © 2012 Centre for Alumni Relation & Institutional Advancement (CARIA)