Login or 
 Home  Events Calender  CHAPTER ALUMNI INDONESIA UNIVERSITI MALAYA
CHAPTER ALUMNI INDONESIA UNIVERSITI MALAYA
Alumnus/ Alumna, JEMPUTAN MENGHADIRI DAN MEMBAWA ALUMNI UNIVERSITI MALAYA DI INDONESIA KE MAJLIS PERJUMPAAN ALUMNI DAN PELANCARAN CHAPTER ALUMNI INDONESIA UNIVERSITI MALAYA Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Alumni, Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni akan mengadakan Majlis Perjumpaan Alumni UM di Indonesia dan melancarkan Chapter Alumni Indonesia Universiti Malaya.Harapan kami agar dengan penubuhan Chapter Alumni Indonesia UM dapat memperkasakan alumni dalam mencapai matlamat berikut: i. Meningkatkan bilangan alumni yang dapat dihubungi dalam pangkalan data alumni. ii. Meningkatkan kesedaran tentang peranan alumni dari konsep pelaburan modal insan dan aset kepada universiti serta negara. iii. Menjadi forum untuk alumni bersuara dan mewakili UM selaku suara alma mater. iv. Mengadakan perjumpaan dan ‘networking’ bersama komuniti alumni Indonesia. v. Duta kepada universiti untuk mempromosikan UM di peringkat antarabangsa terutama di Indonesia. 3. Sehubungan dengan itu, bagi merealisasikan matlamat tersebut, Unit Alumni Universiti Malaya akan menubuhkan Chapter Alumni UM Indonesia. Untuk makluman, ahli jawatankuasa akan dilantik di kalangan alumni sendiri. Jesteru itu, semua alumni UM dijemput untuk menghadiri majlis perjumpaan dan pelancaran chapter. Maklumat lanjut program adalah seperti berikut: Tarikh : 21 Februari 2015 (Sabtu) Masa : 8.30 pagi Tempat : Millenium Hotel Sireh, Jakarta, Indonesia 4. Pihak kami memohon jasa baik Tuan/ Puan untuk memanjangkan jemputan majlis ini kepada rakan alumni Indonesia Universiti Malaya. Bersama ini disertakan slip jawapan kehadiran alumni (Lampiran I) untuk dilengkapi dan mohon untuk dikembalikan kepada kami selewatnya 13 Februari 2014 (Jumaat). Sekiranya pihak Tuan/ Puan mempunyai sebarang pertanyaan, sila menghubungi kami di Unit Alumni Universiti Malaya seperti berikut: i. Ibu Noraini Dullah di talian +603-7967 6261/013-2120228 atau emel ainie85@um.edu.my ii. Ibu Norul Hadaani Mohd Jidin di talian +603-7967 4421/019-3841352 atau emel alumni@um.edu.my. 5. Kerjasama dan kehadiran Tuan/ Puan dalam menjayakan majlis ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Last Update: January 30, 2015

     
   
Privacy Policy    |    Site Credits    |    Disclaimer    |    Security Policy
Connect with us:   
 
     
Copyright © 2012 Centre for Alumni Relation & Institutional Advancement (CARIA)