Login or 
 Home  IAC Past Event  UM Endowment Fund
UM Endowment Fund
SUMBANGAN KEPADA TABUNG ENDOWMEN UNIVERSITI MALAYA (UM) Lembaga Pengarah Universiti di dalam mesyuarat pada 28 Ogos 2017 telah meluluskan penubuhan Tabung Endowmen UM. Tabung Endowmen UM ditubuhkan dengan matlamat untuk memastikan kelestarian kedudukan kewangan Universiti bagi jangka masa panjang melalui sumbangan dana oleh individu, syarikat korporat, alumni, agensi luar dan staf Universiti Malaya. Ianya merupakan inisiatif UM bagi menyokong aktiviti yang dapat meningkatkan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan termasuk pemberian biasiswa/ bantuan kewangan kepada pelajar. UM mengalu-alukan dan amat menghargai sokongan warga UM. Warga UM yang berhasrat untuk menyumbang melalui potongan gaji boleh berbuat demikian dengan mengisi maklumat sumbangan melalui UM Portal : UM Portal  Staff E-ServicesEndowmen Sumbangan anda mampu memberi impak yang besar, ke arah kecemerlangan UM. Pengurusan UM mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan berterusan warga UM. Sekian, terima kasih.

Last Update: February 13, 2020

     
   
Privacy Policy    |    Site Credits    |    Disclaimer    |    Security Policy
Connect with us:   
 
     
Copyright © 2012 Centre for Alumni Relation & Institutional Advancement (CARIA)