BICARA INSPIRASI SISWA
‘’ Saya bangga menjadi produk Universiti Malaya’’, begitulah kata-kata yang terpancar dari mulut seorang Menteri Besar yang pernah menjadi pelajar di Universiti Malaya. Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohammad Bin Haji Hasan menjejakkan kaki ke Universiti Malaya pada tahun 1976 dan telah bergraduasi dari Fakulti Sastera Dan Sains Sosial pada tahun 1979. Perkongsian pengalaman dan gaya hidupnya di university disampaikan dalam sebuah program anjuran Pertubuhan Mahasiswa Negeri Sembilan (MANIS) dan Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya (PERMANIS UM) bertempat di Dewan Semarak Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya pada 17 Mei 2016.