Login or 
 Home  UMEF

 

Mengenai Tabung Dana UM atau UM Endowment Fund (UMEF)



Latar Belakang

Inisiatif penubuhan UMEF ini merupakan idea daripada YBhg Dato' Ahmad Nazri Abdullah, ahli Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) dan juga ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) bertujuan mendepani mendepani kekangan sumber kewangan Universti dan memastikan UM dapat terus berdaya saing dan mampan pada masa hadapan;

Projek ini juga mendapat sokongan padu daripada Penaung PAUM, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi LPU UM, YM Tengku Datuk Dr Mohd Azzman Shariffadeen Tengku Ibrahim YBhg Datuk Hj Noordin Abd Razak, Presiden Persatuan Alumni UM (PAUM)

Justifikasi UMEF ini adalah seperti berikut:-

    (i) Dari sudut moral dan intelektual, Universiti Malaya sepatutnya bebas daripada autoriti politik dan kuasa ekonomi yang boleh membantutkan usaha menjadikan UM sebagai pusat kecemerlangan setanding dengan universiti-universiti terkemuka di dunia;

    (ii) UM sepatutnya dibiayai oleh dana rakyat untuk kepentingan rakyat dalam konteks masyarakat demokrasi bagi memenuhi rangka pembangunan Negara Bangsa Malaysia;

    (iii) Hasrat Pengerusi LPU untuk membantu membina jaringan UM Angel investors dalam kalangan alumni;

Mulai tahun 2016, kerajaan hanya meluluskan peruntukan Perbelanjaan Mengurus untuk Emolumen bahaja bagi Universiti Penyelidikan manakala belanja operasi yang lain adalah ditampung menggunakan sumber dalaman universiti.




Peningkatan belanja mengurus universiti yang semakin tinggi akibat kenaikan kos dikhuatiri akan memberi impak negatif terhadap pembangunan Universiti khususnya dalam aspek pengajaran & pembelajaran serta penyelidikan yang secara tidak langsung boleh menjejaskan reputasi UM dalam ranking dunia;

Selaras dengan konsep endowmen, sumbangan yang diterima daripada penderma akan dilaburkan untuk tempoh masa tertentu bagi memberi impak dalam jangka panjang. Perbelanjaaan bagi Tabung UMEF adalah berdasarkan jumlah pendapatan yang diterima hasil daripada pelaburan tersebut tanpa menjejaskan jumlah principal pelaburan;

Majlis Pelancaran UMEF akan diadakan pada 6 Julai 2019 bertempat di Dewan Tunku Canselor, UM pada jam 8:00 malam. Pelancaran UMEF akan disempurnakan oleh YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia dan Penaung PAUM, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan memberi Pidato Perdana pada malam pelancaran tersebut ;



Jawatankuasa UMEF telah ditubuhkan bagi melaksanakan projek ini seperti berikut:-

 

JAWATANKUASA INDUK


PENAUNG PAUM

YB Datuk Seri Anwar Ibrahim

LEMBAGA PENGARAH UM (PENGERUSI)

YM Tengku Datuk Dr. Mohd Azzman Shariffadeen Tengku Ibrahim

PRESIDEN PAUM

YBhg. Datuk Hj Noordin Abd Razak

NAIB CANSELOR UM

YBhg. Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim Hashim

 

JAWATANKUASA PENGANJUR

 

Pengerusi

 

YBhg. Dato' Ahmad Nazri Abdullah

 

Timbalan Pengerusi I

 

YBhg. Dato' Azmi Mohd Ali

 

Timbalan Pengerusi II

 

YBrs. Prof. Ir. Dr. Abdul Aziz Abdul Raman

 

Setiausaha

 

Cik Ellen Loh

 

Bendahari

 

Encik Wan Mohd Sofi Wan Mustapha

 

Ahli Jawatankuasa

 

Puan Rosmawati Binti Mohd Ali (Ketua)

 

Puan Tuty Haryati Binti Kassim

 

Puan Nazurailin Binti Abdullah

 

Cik Nor Juliana Binti Haron

 

Puan Nor Nazihah Binti Abd Ghani

 

Cik Nurliyana Izzati Binti Ishak

 

Cik Siti Hajar Binti Yahaya

 

Cik Nabilah Binti Mohd Nawi

 

Puan Fazleyna Binti Alias

 

Puan Nor Haslinda Binti Hassan

 

 

2. Objektif UMEF

 

(a) Menjana sasaran kutipan sebanyak RM200 juta dalam bentuk endowmen daripada individu dermawan, syarikat korporat yang dan alumni yang akan digunakan bagi tujuan berikut:-

 

  • Kebajikan Pelajar (bantuan kewangan/biasiswa/food bank dll)
  •  

  • Penyelidikan dan Inovasi termasuk Kerusi Profesor
  •  

  • Kemudahan prasarana pengajaran dan pembelajaran
  •  

  • Penerbitan
  •  

  • Keperluan Luar Jangkaan
  •  

(b) Mewujdkan jaringan rapat antara Universiti dan alumni di samping memupuk budaya keprihatinan dan pilantropik untuk bersama-sama berganding bahu membantu alma mater;

 

(c) Inisiatif ini selari dengan hasrat kerajaan untuk memulangkan autonomi kepada Universiti Awam

 

 

3. Aktiviti Penjanaan UMEF

 

Antara aktiviti yang telah dirancang di bawah UMEF adalah :

 

(1) Majlis Pelancaran UMEF pada Sabtu, 6 Julai 2019 di Dewan Tunku Canselor UM dengan sasaran kutipan RM50 juta.

 

(2) UMEF Golf Tournament pada 7 Ogos 2019, Kelab Goft Negara Subang (KGNS)

 

(3) Jualan Buku

 



MAJLIS MAKAN MALAM PELANCARAN TABUNG ENDOWMEN UNIVERSITI MALAYA
06 JULAI 2019 (SABTU)
ATURCARA
7.30 P.M. KETIBAAN JEMPUTAN
8.00P.M KETIBAAN MENTERI PENDIDIKAN & PENAUNG PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI MALAYA (PAUM)
8.15 P.M BACAAN DOA SELAMAT
8.20 P.M UCAPAN PRESIDEN PAUM - DATUK NOORDIN ABD RAZAK
8.25 P.M UCAPAN PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI MALAYA
- YM TENGKU DATUK DR. MOHD AZZMAN SHARIFFADEEN
8.35 P.M UCAPAN PELANCARAN TABUNG ENDOWMEN
UNIVERSIT MALAYA OLEH MENTERI PENDIDIKAN - YB DR. MASZLEE BIN MALIK
8.45 P.M MAKAN MALAM
9.30 P.M. PIDATO PERDANA OLEH YB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
10.00 P.M. MAJLIS BERSURAI

 



Last Update: July 5, 2019
See also:
Back Home

     
   
Privacy Policy    |    Site Credits    |    Disclaimer    |    Security Policy
Connect with us:   
 
     
Copyright © 2012 Centre for Alumni Relation & Institutional Advancement (CARIA)