UMEF

 

Mengenai Tabung Dana UM atau UM Endowment Fund (UMEF)



Latar Belakang

Inisiatif penubuhan UMEF ini merupakan idea daripada YBhg Dato' Ahmad Nazri Abdullah, ahli Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) dan juga ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) bertujuan mendepani mendepani kekangan sumber kewangan Universti dan memastikan UM dapat terus berdaya saing dan mampan pada masa hadapan;

Projek ini juga mendapat sokongan padu daripada Penaung PAUM, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi LPU UM, YM Tengku Datuk Dr Mohd Azzman Shariffadeen Tengku Ibrahim YBhg Datuk Hj Noordin Abd Razak, Presiden Persatuan Alumni UM (PAUM)

Justifikasi UMEF ini adalah seperti berikut:-

    (i) Dari sudut moral dan intelektual, Universiti Malaya sepatutnya bebas daripada autoriti politik dan kuasa ekonomi yang boleh membantutkan usaha menjadikan UM sebagai pusat kecemerlangan setanding dengan universiti-universiti terkemuka di dunia;

    (ii) UM sepatutnya dibiayai oleh dana rakyat untuk kepentingan rakyat dalam konteks masyarakat demokrasi bagi memenuhi rangka pembangunan Negara Bangsa Malaysia;

    (iii) Hasrat Pengerusi LPU untuk membantu membina jaringan UM Angel investors dalam kalangan alumni;

Mulai tahun 2016, kerajaan hanya meluluskan peruntukan Perbelanjaan Mengurus untuk Emolumen bahaja bagi Universiti Penyelidikan manakala belanja operasi yang lain adalah ditampung menggunakan sumber dalaman universiti.




Peningkatan belanja mengurus universiti yang semakin tinggi akibat kenaikan kos dikhuatiri akan memberi impak negatif terhadap pembangunan Universiti khususnya dalam aspek pengajaran & pembelajaran serta penyelidikan yang secara tidak langsung boleh menjejaskan reputasi UM dalam ranking dunia;

Selaras dengan konsep endowmen, sumbangan yang diterima daripada penderma akan dilaburkan untuk tempoh masa tertentu bagi memberi impak dalam jangka panjang. Perbelanjaaan bagi Tabung UMEF adalah berdasarkan jumlah pendapatan yang diterima hasil daripada pelaburan tersebut tanpa menjejaskan jumlah principal pelaburan;

Majlis Pelancaran UMEF akan diadakan pada 6 Julai 2019 bertempat di Dewan Tunku Canselor, UM pada jam 8:00 malam. Pelancaran UMEF akan disempurnakan oleh YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia dan Penaung PAUM, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan memberi Pidato Perdana pada malam pelancaran tersebut ;



Jawatankuasa UMEF telah ditubuhkan bagi melaksanakan projek ini seperti berikut:-

 

JAWATANKUASA INDUK


PENAUNG PAUM

YB Datuk Seri Anwar Ibrahim

LEMBAGA PENGARAH UM (PENGERUSI)

YM Tengku Datuk Dr. Mohd Azzman Shariffadeen Tengku Ibrahim

PRESIDEN PAUM

YBhg. Datuk Hj Noordin Abd Razak

NAIB CANSELOR UM

YBhg. Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim Hashim

 

Objektif UMEF

 

(1) Menjana sasaran kutipan sebanyak RM200 juta dalam bentuk endowmen daripada individu dermawan, syarikat korporat yang dan alumni yang akan digunakan bagi tujuan berikut:-

 

  • Kebajikan Pelajar (bantuan kewangan/biasiswa/food bank dll)
  •  

  • Penyelidikan dan Inovasi termasuk Kerusi Profesor
  •  

  • Kemudahan prasarana pengajaran dan pembelajaran
  •  

  • Penerbitan
  •  

  • Keperluan Luar Jangkaan
  •  

(2) Mewujdkan jaringan rapat antara Universiti dan alumni di samping memupuk budaya keprihatinan dan pilantropik untuk bersama-sama berganding bahu membantu alma mater;

 

(3) Inisiatif ini selari dengan hasrat kerajaan untuk memulangkan autonomi kepada Universiti Awam