Page 22 - index
P. 22
// sejenak bersama Alumni
Saudari Nor Syamimi Musa, 24 tahun kini
mamputersenyum setelah melalui ranjau dugaan
sebagai seorang pelajar di UM.
Tak semua orang
boleh cemerlang,tapi “Bila mana kita dihadapkan dengan suatu keadaan yang
tidak pernah kita alami sebelum ini, di mana perkara
semua orang boleh tersebut melibatkan perjalanan masa depan, kita
berjaya.” memerlukan kewarasan akal dan kejernihan hati bagi
membuat keputusan.”
Pada tahun pertama, beliau yang biasanya dipanggil
Nor Syamimi Musa Mimi ini mengalami kegagalan yang dianggap paling
teruk dalam hidupnya apabila dia gagal tiga subjek
24 tahun utama yang mempunyai 3 jam kredit setiap satu. Jadi,
Sarjana Muda Farmasi pointer yang diperoleh ialah di bawah 2.0.“Bukan
Fakulti Perubatan senang nak terima hakikat dan bangun semula daripada
kegagalan tu. Tapi, menariknya susunan hidup kita
yang Allah dah susun. Maka di situlah ‘turning point’
saya. Dari situ, saya mula mencari apakah sebenarnya
hala tuju dalam kehidupan sebagai seorang mahasiswi
Muslim.” Katanya.
Oleh kerana itu, saudari Mimi tidak lena dalam
kepasrahan dan kesedihan. Malah, beliau akur dan
bertekad untuk keluar daripada zon selesa. Semasa
di tahun kedua dan ketiga pengajian, beliau bergerak
aktif dalam menyertai dan melaksanakan pelbagai jenis
program termasuklah program di kolej, program fakulti
dan juga program persatuan.
“Masa saya banyak terisi dengan menguruskan projek-
projek, mengadakan pertemuan demi pertemuan dan
akhirnya masa saya jadi terisi. Daripada situ, saya mula
belajar menguruskan masa. Dalam pada masa yang
sama, keputusan peperiksaan juga semakin baik dari
semester ke semester.
“Daripada bawah 2.0 takde lah saya terus dapat
anugerah dekan. Tetapi, sekurang-kurangnya saya
dapat menamatkan pengajian saya walaupun saya
boleh sahaja mengambil keputusan untuk berhenti
atau tukar kepada kursus lain.”
Apabila kita beraktiviti di luar kelas dan di luar
kampus, kita akan dapat bersama masyarakat dan
memberikan khidmat sosial kepada mereka. Daripada
situ juga, pelbagai kemahiran dapat dibentuk seperti
kemahiran kepimpinan, kemahiran bergaul bersama
masyarakat, kemahiran pengurusan organisasi atau
program dan pelbagai kemahiran teknikal yang lain
seperti kemahiran pengucapan awam, kemahiran
multimedia dan sebagainya.
“Tak semua orang boleh cemerlang, tapi semua orang Mimi juga percaya, sia-sia menjadi mahasiswa
boleh berjaya.” Begitulah gambaran yang diberikan universtiti terulung di Malaysia ini sekiranya hanya
oleh graduan Ijazah Sarjana Muda Farmasi apabila sekadar duduk di bilik. “Pengalaman di universiti akan
mengenangkan perjalanannya selama lima tahun mebantu kita apabila berada di dunia kerjaya kelak.”
menimba ilmu di Universiti Malaya. Ujarnya.
22

