Page 3 - index
P. 3




// menarik daripada Pejabat Pentadbiran Alumni














DARI MEJA

KETUA

PENGARANG




Jamaludin bin Yacob
Ketua
Pejabat Pentadbiran Alumni (PPA)
Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni


ssalamualaikum wbt. Salam sejahtera.
Terlebih dahulu marilah kita panjatkan kesyukuran
kepada Allah Taala kerana dengan limpah kurniaNya
APejabat Pentadbiran Alumni UM dan ahli sidang redaksi
dapat mengeluarkan bulletin Titian Alumni bilangan 12/ 2015.
Penerbitan majalah titian alumni merupakan agenda tahunan PPA,
Bahagian Hal ehwal Pelajar dan Alumni. Antara kandungan majalah
ini memuatkan aktiviti dan progam yang dijalankan PPA, universiti,
kolej kediaman dan persatuan alumni yang berdaftar. Platform
ini juga dapat menjadi kesempatan yang baik bagi alumni untuk
menyumbang karya serta berkongsi kemahiran serta kepakaran
dalam bidang penulisan.
Di antara paparan isu kali ini adalah aktiviti yang telah dijalankan
oleh persatuan alumni yang turut menyokong dan mendokong
fungsi Pejabat Pentadbiran Alumni (PPA). Seperkara yang menarik
juga adalah kisah kejayaan alumni yang juga merupakan ahli
pengurusan UM, Prof. Dr. Awg Bulgiba bin Awg Mahmud.

Saya berharap penerbitan majalah ini dapat menyemarakkan
semangat warga alumni untuk menjalinkan hubungan dengan
alma mater dan seterusnya membina networking di kalangan
alumni. Lebih daripada itu, majalah Titian Alumni juga akan
menjadi ruang yang baik untuk menggamit memori dan kenangan
alumni di alma mater.
Sehubungan dengan itu, PPA sedang bekerja keras untuk
mengemaskini serta menjejaki alumni UM dalam usaha untuk
pembangunan pangkalan data yang berkesan. Untuk itu, diharap
alumni UM dapat memaklumkan kepada rakan-rakan alumni yang
belum mengemaskini maklumat untuk menghantar butiran terkini
bagi memudahkan perhubungan.
Di kesempatan ini saya menyeru kepada rakan alumni dan
persatuan alumni yang mengadakan perjumpaan dan aktiviti sila
maklumkan kepada kami melalui emel alumni@um.edu.my.







3
   1   2   3   4   5   6   7   8